HOME ABOUT CONTACT LINK D'BOARD



Ase; Multifandom fangirl.
#VANDYHXN













© Template by AtiqahJaidin
Edit by ME
Image from TUMBLR | WHI
new chapter
Sunday, 18 June 2017 | 0 comment[s]


Hi gais! 

Lagi berapa hari je lagi bulan ramadhan nak habis. Lebih kurang seminggu je lagi. Allahu sedihnya :'(
  Bulan ramadhan tahun ni merupakan bulan puasa yang pertama kali aku berjauhan dengan family. Yela selama ni mana pernah berenggang dengan umi & abah sebab sekolah harian. hahaha

Oh lupa nak kasi tau, alhamdulillah sekarang aku sambung belajar di UiTM Seri Iskandar, Perak. Perasaan? erm ofcoz sedih! Sedih nak tinggalkan umi & abah, sedih nak berpisah dengan member2 & bilik kesayangan aku (huhu). Lagi-lagi sejak kebelakangan ni umi asyik sakit. Hati ni memang berat nak tinggalkan umi. lagi-lagi kalau abah outstation, umi tinggal sorang- sorang kat rumah. Allahu hati ni risau yang amat, lagi-lagi dengan kesihatan umi sekarang. 

 Kawan-kawan baru? Alhamdulillah so far okay. Tak de masalah lagi dengan kawan-kawan baru. Rommates pun baik-baik & jenis masuk air gak kadang-kadang hahahaha. Homesick? to be honest, alhamdulillah..... tak langsung huhu. Kalau ada pun cam rindu sikit-sikit jer. takde lah pulak sampai nak meraung, badmood bagai.

Aku dapat Kolej Indera Mulia, blok melati 1. Bagi aku kolej aku ni di hujung dunia SI :") walaupun hakikatnya bukan pun hahahaha. Lagi-lagi blok aku ni second last hujung aduhai. Nak menapak pergi fakulti tu memang jenuh. Tambahan tengah bualan puasa ni Allahu..... RAMADHON RAMDHONNN! 

Aku amik course Fine Art di bawah fakulti senilukis dan senireka (art & design). yeahhhh! HIDUPP FINE ART! Seperti mana yang aku nyatakan dekat 'about' yang aku sangat sukakan fine art and alhamdulillah aku dapat course yang aku minat. Actually, mula2 ragu-lagu jugak patut ke aku amik course ni sebab abang aku dulu amik course fine art gak dalam diploma & degree. Dengar dia cerita tentang pengalaman dia pun haih tak tidur malam tau aku fikirkan pasal ni acewah hahaha. Sesungguhnya bagi aku course ni sangat mencabar. Tapi aku ikutkan kata hati aku and now i'm here at UiTM SI. Tk tipu aku pernah nangis lepas balik mds, sebab aku tak tahu betul ke pilihan aku amik course ni. Yang membuatkan aku lagi stress sebab dekat group whatsapp fine art , semua asyik send artwork diorang. Serious arh rasa pressure yang amat. Tapi lepas umi kasi kata-kata semangat kat aku, alhamdulillah aku semakin okay sekarang. Belum cuba belum tahu kan? :)) Sekarang ni kami tak start sem 1 lagi. Sem 1 start bulan 9 nanti. Now kami belajar interim dahulu iaitu CTU (agama), ELC (english), UED (Study skill) dan HBU (kokurikulum). 

MDS? First impression aku dekat mds ni ofcourse sangat amat sungguh membosankan. Tapi sejujurnya, sebenarnya takde la bosan sangat. Ni bergantung pasa OC koranglah hahahha. Alhamdulillah OC kami takde la terjerit-jerit, terpekik-pekik bagai. Cuma yelah ayat "pantas siswi pantas" tu dalam sehari tak larat nak kira berapa kali dengar. Yang bosannya bila dengar taklimat. Itu pun bergantung pada pemberi taklimat tu la, ade jugak yang best, buat lawak bagai kan. Kakak2 & abang2 OC Kolej Indera Mulia serious best. Paling best malam JPK & malam apresiasi Seni. fuhhhh semangat kolej tu berkobar-kobar siottt! Bagi aku kalau dah ada semangat kolej tu en, semua jadi best. Kalau kau ni jenis krik krik takde perasan, memanglah semua benda bosan, asyik ngantuk je en? so bagi aku orientasi kali ni takde la teruk mana, alhamdulillah takde pun kena ragging ke bagai hahahhaha. 

So itu je entry untuk harini. byebye!
©